Saturday, June 18, 2011

info from http://missiontothetop.blogspot.com

ASSALAMUALAIKUM Di sini aku ingin nak berkongsi maklumat serba sedikit tentang kos kandang kambing hasil dari survey aku dlm masa 1-2 bulan lepas. Mungkin ramai dikalangan kita iaitu bakal usahawan penternak ruminan tertanya-tanya berapakah kos kandang kambing jika sebesar 100ft x 24ft? Dan seterusnya berapakah kos minimum yang dapat dibina? Saya mengambil kira saiz 100ft x 24ft kerana rata-rata hasil tinjauan saya usahawan penternak yang telah berjaya mempunyai kandang saiz tersebut. Bagi yang kurang mampu, buatlah kecil-kecilan dulu macam aku 10’ x 12’, kih! kih!

1. Ini salah sebuah kandang 100’ x 24’ yang aku ambil gambar di kampung aku di Taiping. Kandang ni dibina dengan semua kayu dan bumbung yang baru beserta mengupah org membuatnya. Agak-agak korg berapa kosnya? Dari tuan punya, katanya RM75,000.00. Aku quite terkezutlah dengar!, mcm nak buat sebiji banglow kat area kampung. Tapi itu kenyataan, sbb klau tgok buku rujukan Kambing Kaprima keluaran Kementerian Pertanian, kos diletakkan adalah hampir dengan kos tersebut.


2. Sebuah kandang milik Hj. Mohammad di Dengkil, Selangor, juga bersaiz sama (gambarnya enggak ada, kerana tak sempat melawat lagi). Saya tnya hj, berapa kos tuan hj. buat? Katanya lbhkrg RM20,000 shj. RM20K ajer!? Rupenya, kos begitu dapat dihasilkan dengan separuh atau sebahagian besarnya buat sendiri. Tengok, klau kita buat separuh sendiri, berapa banyak kita dah jimat?

3. Ini pula sebuah kandang milik seorang peneroka di Terengganu dengan tanah seluas 10 ekar. Nama empunya tuan pun nama En. Mohd. Percayakah anda kosnya ialah RM7000.00 sahaja!!? Pada mula aku sendiri x percaya, tapi berkali aku tanya itulah jawapannya. Ini juga satu kenyataan. Rahsianya, tuan punya ini membuat 100% sendiri kandangnya.


Seronok betul aku tgok kambing milik en. mohd ni yang ragut daun sawit terus dari atas lorinya. Tak yah susah-susah nak turunkan daun sawit dari lori.






Jadi..bagi mereka yang baru macam saya & tgah plan nak buat kandang, bolehlah congak-congak info tinjauan aku kat atas nun. Tepuk dada tanyalah selera.


INCOME PENTERAK KAMBING RM100,000??

Ini adalah sebagai pembakar semangat untuk kita semua. Pernahkah anda terdengar terdapat bangsa lain yag mengusahakan bisness ini? Klau tidak, anda tenyata silap, ada seorang penternak berbangsa Cina di Johor kini mempunyai ternakan kambing sebanayak 2000 ekor dan pendapatan bersihnya adalah RM100,000.00 sebulan!. Jadi..anda bagaimana?? Lihatlah bangsa lain yang bersungguh-sungguh membuat bisness. Jadikan ia sebagai model untuk kita. Aku cabar diri aku sendiri dan kalian semua supaya juga, satu hari boleh berpendapatan sepertinya malah jauh lebih dari tu. Amacam, ada brani?? InsyaAllah...amin. Info ni adalah antara yang dikongsi dari en. mohd dr Tgganu tu.

EMAJUAN PROJEK AKU DI KAMPUNG

TARIKH KEMASKINI (update) : 1 April 2007

Terbaru, semua baka Jamnapari kami dah x der lagi coz ada yang dah jual & termasuk mati. Kambing yang baru diberi nama adalah Albab (colour putih kat bawah ni), yang coklat tu abang dia, telah dijual bersama ibunya baru-baru ini.


Mak aai..punya la geram aku 1st time dpt tgok dan dukung anak Janapari ni, boleh dibuat Pet. Yang bestnya, cepat betul membesar. Gmbar kat atas ni umurnya baru 25 hari, tak lagi sampai sebulan. Bulu punyala gebu, boleh di buat Pet, tupun ada org yang dah meminta utk bela sbg Pet. Kui..kui.., klau buat pet, jgn la plak bawa masuk rumah, kang...kahkah..

Gambar kandang setelah sambungan (extension) dibuat kemudianya.



PERMULAAN PROJEK DI KAMPUNG


Taraf projek : Mini (Kecil-kecilan)
Modal permulaan projek : RM2900.00
Tarikh Mula Projek : 1 September 2006
Lokasi: Perak
Jenis ternakan mula projek : 6 ekor kambing kampung (Katjang)
Keluasan Tanah : 2.5 ekar
Pengetahuan permulaan mengenai ternakan ketika ini : 0%
Projek Usahasama :Aku + Abg aku + Kak Ipar aku (ALP)
Jagaan Projek :Ayah aku (Supervisor) + Li(Mandor)

p/s: Kih! Kih! projek & blog aku, suka hati aku la na letak jawatan apa :)